Assalamualaikum semua
Lokasi: Istana Melawati, Putrajaya
(Non-Malaysian Readers, enjoy the photos ya!)
Kali ini, entri akan dibuat dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca blog PERSONA menghayati apa yang hendak disampaikan. Sebenarnya, seorang pembaca bertanyakan tentang ‘Dinner Attire’ ataupun pakaian Majlis Makan Malam. PERSONA dengan senang hati memenuhi kehendak tersebut kerana tak lengkap rasanya blog ini tanpa seksyen Pakaian Majlis Makan Malam.
Oleh kerana sesi bergambar tidak diadakan diwaktu malam (sebenarnya PERSONA belum tambah gajet untuk kamera lagi), jadi terpaksalah PERSONA memanipulasi siang hari untuk mendapatkan kualiti gambar yang memuaskan. Solekan juga dibuat dengan sedikit berat kerana PERSONA membayangkan akan menghadiri Majlis Makan Malam bukan? So pembaca yang ingin mendapatkan khidmat solekan PERSONA, anda amat-amat dialukan.
Warna Merah Jambu menjadi pilihan kerana tidak semua baju untuk Dinner hanya tertumpu kepada warna hitam sahaja. Sekali-sekala apa salahnya mengenakan warna yang sedikit lembut untuk majlis tersebut. Pembaca boleh dapatkan baju untuk Dinner di Giant, Taman Saujana, Kajang. PERSONA kesana untuk membeli barangan dapur sebenarnya, dan tidak menyangka ada jualan baju Dinner terpakai. Siapa kata PERSONA tak layan baju bundle? (Bundle=terpakai). PERSONA paling suka baju bundle sebab…kadang-kadang tu berjenama dan kebanyakannya diambil dari luar seperti Singapura, China dan lain-lain lagi. Maklumlah, nak beli yang berjenama, kena tengok-tengok dulu duit dalam poket sendiri. Lagipun, kena juga berjimat untuk jadi Raja Sehari tak lama lagi.Cuma, kita sebagai pembeli kenalah pandai pilih dan pastikan baju dibasuh dulu sebelum pakai.
Keliru juga, kenapa PERSONA baring-baring ya? Heh:p sebenarnya nak dapatkan perasaan teruja pakai baju Dinner tau!
Kasut tumit jenama TSC tu, PERSONA baru saja beli di Mines, Seri Kembangan, Selangor. Almaklumlah, dah lama tak beli kasut nak pakai pergi pejabat. Semua outfit pejabat dah lusuh belaka. Koleksi VOIR kesayangan PERSONA pun dah koyak-koyak dan terkopek kulitnya..:(
Untuk selendang, PERSONA menggunakan dua jenis selendang. Satu warna krim plain dan lagi satu krim bersulam. Dua-dua harga RM10 sahaja setiap satu…
Gelang tu? Itu adik yang belikan. Beliau bercuti ke Sabah dan belikan gelang Mutiara Sabah tu..(PERSONA tak suka pakai aksesori sangat sebenarnya, Kalau pembaca perasan lah dalam semua gambar ni, jarang ada cincin/gelang/apa-apa kt tangan J )
Ini pula, pandangan belakang baju Dinner tu. Cantikkan? (ke PERSONA yang perasan?:p)
Sampai disini sahaja. Harap dapat beri idea pada sesiapa yang nak pergi Majlis Makan Malam/Dinner untuk syarikat kamuorang!
kalau dinner aku rasa pakai warna yg terang kot lebih menarik...merah ker...turqouise ker...warna pink ni xmenyerlah....
ReplyDeletecan be considered..
ReplyDeleteactually it is optional. what ever color, u may pick urself according to kesesuaian sdri.
hope this will help