Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Langkawi mariii.....

Assalamualaikum
Maaf semua lama sangat tak update sebarang berita sebab busy gilerkh sangat plus Harddisk rosak!! Tension ouh!! Demi untuk mengaupdate entri, pegi stalk balik Friendster yang bersawang tu..and fall in love again. Macam nak deactivate FB..FB tak meningkatkan produktiviti kalo selalu time kerja, asik nak mengadap saja!! (itu pandangan peribadi lah, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati)
Okey, Edisi travel kali ini pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Masa itu time belajar dan saja hadkan bajet. Tak akan bawak duit lebih2, dan pandai2lah nak hidup. Namanya Edisi Travel Kamikaze! Cik P dan seorang kawan baik dari U yang sama, telah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Tanpa dirancang, tanpa diduga, main redah aje. Anda semua boleh jelah pergi Pulau Langkawi dengan hanya berbekalkan RM200 tak lebih! Tapi kena baca dulu macamana kami boleh harung semua tu.

(Me and MY Adventure Buddy:: December 2007)

Tiket untuk ke Kedah lebih kurang RM45 dan memakan masa selama 6 jam.  Masa tu kami gerak jam 12.00malam. Bas tu sampi kedah je, sebab nak cari yang direct ke Kuala Perlis tak ada. Kemudian dalam jam 6.30 pagi tu, kami diturunkan ke Stesen bas lain sebab pakcik tu tak bawak sampai Kuala Perlis. Dengan inisiatif, gapai2 la tangan tahan2 bas lain. Nasib baik ada Pakcik bas baik hati dan tumpangkan kami kesana. Tung-tang tung tang sampai di Kuala Perlis jam 7.00 pagi dan kami terus cari tiket ke Pulau Langkawi. Tambang feri RM 18.
(RM45/day)

Sampai memang excited habis!! Siap terhungga2 kat situ sambil buat muka takjub! Nak pusing satu langkawi memang la tak larat kalau berjalan. Akhirnya kami sewa moto kapcai dan helmet tak siap tu. Bayangkan lah, kalau ambil scooter harga RM50, kalau Motor kapcai RM45. Tak paham aku dengan kadar sewaan kat situ. Kebetulan time tu masa LIMA. (Pertunjukan kapal terbang lah plus jet2 dari luar Negara). Maka dengan rendah hati, sewa la kapcai tu demi penjimatan.

Lokasi Pertama adalah pergi ke merata tempat. Sebab macam hairan la tak pernah sampai sini. Plus, unfamiliar with the land structure. Hehehe3. Langkawi memang banyak tempat bersejarah!
                                                      (Makam Mahsuri)
(Beras Terbakar)


(Bukit Bendera)

Sedar atau tak, waktu dah menjengah ke malam. Kami decide tidur kat masjid! Sebab fikir pasal bajet. Waktu LIMA, biasalah, flat rate semua naik dari harga sebenar secara berganda. Sebenarnya duit ade waktu tu, tapi fikir nak adventure punya pasal, sanggup membahayakan diri. Umph..yang penting doa tu ..solat pun jangan tinggal!

(Airport Langkawi: LIMA sedang berlangsung)

Oleh kerana dek kecuakan kami,(masa dalam amsjid tu gelap ouh..plus dengar ade bunyi orang berjalan-jalan sekitar masjid) terpaksa la kami caucin dari situ. Yang hairannya, kami nk tidur Balai Polis aje, tapi naseeeb..Balai Polis pun kami tak jumpa. Mungkin masa tu tengah malam, mata pulak kabur2. Lepastu dengan selamba redah, terus jer masuk Hospital, and directly enter Wad bersalin. Pastu tidur dalam surau kat wad tu. Masa tu Allah nak selamatkan kami, JAGA /Guards janya mampu pandang aje. Sebab maybe Cik P usha dia elok2 kot tanya ada surau ke tidak.
Nak dijadikan cerita, Helmet memang penuh air hujan sebab malam tu hujan lebat! Apalagi, terus pakai plastic kat kepala and then baru sarung helmet. Topi keledar tu penting kengkawan oi! Pastu penjelajahan diteruskan lagi. (Maaf, gambar-gambar lama tak dijumpai)
(Nampak plastik dekat kepala?? Sebab basah helmet tu, dok bertakung air hujan)

Kemudian ini adalah masjid Arau. Tertidur kat situ samapi petang sebab kiteorang terlepas tiket keretapi pkl 2 kalau tak silap. Tunggu la kami sehingga tertidur kat masjid sampi jam 5/6 petang baru ada...dan pulang ke KL dengan memori sepanjang zaman ini. (tu pasal boleh cerita balik ni :D)
(Masjid Arau Perlis)


(Dalam ketapi, heading back to KL)


Thanks everyone to scroll till last episodes :p

Sunday, January 16, 2011

Johor-Pahang

Assalamualaikum semua..
Contest PERSONA Muslimah Bergaya masih hangat sekarang! Cepat-cepat mari bersama-sama masuk pertandingan iniJ tak rugi…
Mesti semua orang sangka Cik PERSONA ni hanya tahu memodellingkan diri saja kan? Selain beremcee, dan berfotografi?? Cik P (PERSONA) pun suka travel juga, terutamanya dengan menaiki motorsikal. Dulu sebelum ada kereta (membeli kereta setelah dua tahun bekerja), Cik P hanya menggunakan motor sahaja. Biasalah, kalau kita belum mampu, kita guna motor sahaja. Dari zaman sekolah, Universiti, bekerja, motor tu kiranya macam pengangkutan yang penting lah. Cik P tak suka pengangkutan awam sebab:
1-Tak suka menunggu
2-Kalau naik bas/train, pening-pening. Kemudian tak sampai 10 minit nak muntah. Jadi, terpaksalah kalau lokasi itu dekat atau tersangat jauh, kena menunggang motor.
Menunggang motor ni banyak kebaikannya. Kita boleh jadi lebih waspada dan berani. Tak percaya, Tanya semua minah motor yang ada. Sifat mereka biasanya lebih AWAS. Adik-adik cik P pun boleh tahan juga. Kedua-dua mereka menunggang motor dari Johor ke Kuala Lumpur. Adik di Uitm menggunakan Scooter Nuovo 135 lc. Adik lagi seorang tu, YAMAHA lagenda. Tapi tak boleh nak lawan cik P la, sebab cik P ni, dari Johor ke Kuala Lumpur pernah, Johor ke Pahang pun pernah. Rekod Cik P belum di pecahkan lagi!
Berbalik pada Agenda Utama cik P, Edisi Travel kali ini, membawa anda ke Negeri Pahang. Negeri yang paling luas di Malaysia, dan kaya dengan Flora dan Fauna. Alhamdulillah, Cik P dapat belajar disana, maka bermula lah era menjelajah menggunakan motorsikal. Tahun 2005-2008, cik P menggunakan motorsikal YAMAHA SS 110. Asap dia….satu kampus akan gelakkan sebab berkepul-kepul dan memenuhi ruangan maya..kemudian akhir sem tahun 2008, barulah beli YAMAHA EGO..scooter yang sangat sopan dan kena dengan penunggangnya. Jangan salah faham! Cik P tidak pernah ditemani sesiapa untuk menunggang motor kesana. Boleh Tanya pensyarah saya, kawan-kawan saya because I am the one and only ride from Johore to Pahang.
Sila lihat Peta. Ini adalah peta dari kampung halaman ke tempat pengajian.


(Benut to UiTM Jengka, Pahang. Kawasan bertanda X adalah tempat laluan Cik P)
Kalau Cik P kesana, hanya ambil masa 5 jam. Kalau orang lain, akan ambil masa 6 hingga 7 jam. Kenapa 5 jam??
1-I’ll never stop
2-Stop for Petrol only
3-Ride till the last meter shows on my scoot screen. 120km/j non-stop.
4-Cilok baik punya cilok..
Cik P akan lalu parit Karjo, senggarang, kemudia terus ke Prt. Yaani..kemudian masuk segamat. Ada segamat 1 dan segamat dua. Cari signboard Temerloh. Before that akan lalu Pekan gemas dulu. Pekan kecil yang sedikit pelik dari struktur lokasi bangunan. Kemudian akan lalu bera, Pahang…temerloh..dan akhir sekali kena melalui bebrapa felda sehingga sampai di UiTM. Sangat jauh owh! Masa itu pinggang sangat sakit  tetapi tekad didalam hati sangat kuat. Sepanjang pengajian, memang cik P akan menunggang motor sahaja. Balik kampong boleh tahan selalu..:) Petrol hanya isi penuh dalam tiga kali sahaja. Kali ke tiga, bila sampai di UiTM, mesti ada baki suku lagi.
Tempat-tempat yang menarik perhatian sepanjang perjalanan.
pic: google courtesy
1-Parit Karjo, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Kebanyakan aktiviti masyarakat disini adalah bertani dan berniaga. Bagi penggemar kerepek, banyak kilang-kilang kerepek hasil daripada masyarakat disini. Kerepek orang batu pahat memang mendapat sambutan. Kalau tak percaya, waktu-waktu cuti awam, ramai rakyat singapura atau Kuala Lumpur akan turun kesini. Cik P maksudkan, kilang kerepek yang meliputi kesemua kawasan Batu Pahat. Samada Parit Raja, Parit yaani, Parit Kemang dan banyak lagi lokasinya!
2-Segamat satu/Segamat lama
Bandar segamat lama. Agak sibuk juga dengan aktiviti seharian masyarakatnya. Penduduk tidak terlalu padat.

pic:google courtesy

3-Segamat dua/ Segamat Baru
Lebih membangun berbanding Segamat lama. Ada sebuah menara jam kalau tak silap dan sebuah tugu durian. Tak lupa, disini juga terletak UiTM kampus Segamat.
pic:google courtesy

4-Pekan Gemas, sempadan Segamat dan Negeri Sembilan.
Pekan kecil yang unik. Ada laluan keretapi. Hijau dan mendamaikan

5-Felda Sungai Lui
Ada sebuah tugu, dan tempat ini dikatakan pernah dijajah Jepun. Cik P tak berapa pasti sebab hanya lalu ditempat itu. Banyak kawasan getah. Nak berhenti tidak mungkin, sebab Cik P fikir soal keselamatan. Lainlah kalau berteman. Kawasan ini sangat hijau, dan sunyi.
pic: google courtesy

6-Tasik Bera, Pahang
Tidak lalu tasik ini, sebab ini hanya melalui kawasan Bera sajaha.Mungkin penduduk sekitar tahu dimana lokasi tasik ini.
pic:google courtesy
7-Temerloh, Pahang
Sebuah daerah di Pahang yang kaya dengan masakan tempoyak dan ikan patin. Boleh lihat Sungai Pahang dikawasan ini. Daerah yang kaya dengan aktiviti perikanan sungai seperti ikan keli dan ikan patin. Banyak restoren disini, tetapi AWAS. Anda mungkin boleh dikenakan sehingga RM100 ke atas untuk sepotong ikan patin. Bergantung kepada kedai.Tidak semua kedai disana, mengambil kesempatan.
pic: google courtesy
8-Felda Jengka, Pahang
Negeri Pahang mempunyai banyak Felda. Felda jengka Pahang berkemungkinan Felda yang terbesar di Malaysia. Felda ini meliputi Felda Jengka 1 sehingga Felda Jengka 25. Cik P tidak pasti, Felda yang cik P lalui kerana waktu itu sudah lama. Tidak berapa ingat. Kiri kanan jalan adalah Kelapa sawit dan tumbuhan-tumbuhan. Masyarakatnya berniaga dan bertani. Mereka sangat mesra dan baik hati
Pakaian seorang penunggang Muslimah:
1-Topi keledar/helmet::WAJIB::
2-Knitted Glove/Sarung tangan berkait ::elakkan panas dan kulit gelap::
3-Kasut:owl skool converse::

Jemput tengok video Cik P semasa menunggang dari Johor-Pahang, Pahang ke K.L. Sila klik disini