Sunday, January 30, 2011

Langkawi mariii.....

Assalamualaikum
Maaf semua lama sangat tak update sebarang berita sebab busy gilerkh sangat plus Harddisk rosak!! Tension ouh!! Demi untuk mengaupdate entri, pegi stalk balik Friendster yang bersawang tu..and fall in love again. Macam nak deactivate FB..FB tak meningkatkan produktiviti kalo selalu time kerja, asik nak mengadap saja!! (itu pandangan peribadi lah, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati)
Okey, Edisi travel kali ini pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Masa itu time belajar dan saja hadkan bajet. Tak akan bawak duit lebih2, dan pandai2lah nak hidup. Namanya Edisi Travel Kamikaze! Cik P dan seorang kawan baik dari U yang sama, telah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Tanpa dirancang, tanpa diduga, main redah aje. Anda semua boleh jelah pergi Pulau Langkawi dengan hanya berbekalkan RM200 tak lebih! Tapi kena baca dulu macamana kami boleh harung semua tu.

(Me and MY Adventure Buddy:: December 2007)

Tiket untuk ke Kedah lebih kurang RM45 dan memakan masa selama 6 jam.  Masa tu kami gerak jam 12.00malam. Bas tu sampi kedah je, sebab nak cari yang direct ke Kuala Perlis tak ada. Kemudian dalam jam 6.30 pagi tu, kami diturunkan ke Stesen bas lain sebab pakcik tu tak bawak sampai Kuala Perlis. Dengan inisiatif, gapai2 la tangan tahan2 bas lain. Nasib baik ada Pakcik bas baik hati dan tumpangkan kami kesana. Tung-tang tung tang sampai di Kuala Perlis jam 7.00 pagi dan kami terus cari tiket ke Pulau Langkawi. Tambang feri RM 18.
(RM45/day)

Sampai memang excited habis!! Siap terhungga2 kat situ sambil buat muka takjub! Nak pusing satu langkawi memang la tak larat kalau berjalan. Akhirnya kami sewa moto kapcai dan helmet tak siap tu. Bayangkan lah, kalau ambil scooter harga RM50, kalau Motor kapcai RM45. Tak paham aku dengan kadar sewaan kat situ. Kebetulan time tu masa LIMA. (Pertunjukan kapal terbang lah plus jet2 dari luar Negara). Maka dengan rendah hati, sewa la kapcai tu demi penjimatan.

Lokasi Pertama adalah pergi ke merata tempat. Sebab macam hairan la tak pernah sampai sini. Plus, unfamiliar with the land structure. Hehehe3. Langkawi memang banyak tempat bersejarah!
                                                      (Makam Mahsuri)
(Beras Terbakar)


(Bukit Bendera)

Sedar atau tak, waktu dah menjengah ke malam. Kami decide tidur kat masjid! Sebab fikir pasal bajet. Waktu LIMA, biasalah, flat rate semua naik dari harga sebenar secara berganda. Sebenarnya duit ade waktu tu, tapi fikir nak adventure punya pasal, sanggup membahayakan diri. Umph..yang penting doa tu ..solat pun jangan tinggal!

(Airport Langkawi: LIMA sedang berlangsung)

Oleh kerana dek kecuakan kami,(masa dalam amsjid tu gelap ouh..plus dengar ade bunyi orang berjalan-jalan sekitar masjid) terpaksa la kami caucin dari situ. Yang hairannya, kami nk tidur Balai Polis aje, tapi naseeeb..Balai Polis pun kami tak jumpa. Mungkin masa tu tengah malam, mata pulak kabur2. Lepastu dengan selamba redah, terus jer masuk Hospital, and directly enter Wad bersalin. Pastu tidur dalam surau kat wad tu. Masa tu Allah nak selamatkan kami, JAGA /Guards janya mampu pandang aje. Sebab maybe Cik P usha dia elok2 kot tanya ada surau ke tidak.
Nak dijadikan cerita, Helmet memang penuh air hujan sebab malam tu hujan lebat! Apalagi, terus pakai plastic kat kepala and then baru sarung helmet. Topi keledar tu penting kengkawan oi! Pastu penjelajahan diteruskan lagi. (Maaf, gambar-gambar lama tak dijumpai)
(Nampak plastik dekat kepala?? Sebab basah helmet tu, dok bertakung air hujan)

Kemudian ini adalah masjid Arau. Tertidur kat situ samapi petang sebab kiteorang terlepas tiket keretapi pkl 2 kalau tak silap. Tunggu la kami sehingga tertidur kat masjid sampi jam 5/6 petang baru ada...dan pulang ke KL dengan memori sepanjang zaman ini. (tu pasal boleh cerita balik ni :D)
(Masjid Arau Perlis)


(Dalam ketapi, heading back to KL)


Thanks everyone to scroll till last episodes :p

2 comments:

  1. huhuhuhuhuh.........cik P ni sj je nak wat aku touching...........kenangan ni adalh kenangan tmahal dlm hidup aku....mn x ye, suma plan adalah on de dot.....hukhukhukhuk...cik P....nntkan next travel kita k

    ReplyDelete