Thursday, February 17, 2011

Aku, ""aku ""dan Aku..(Me, ""myself"" and I)


Assalamualaikum.. Aku akan berbual kosong dan panjang dan berehat untuk beberapa minggu sebelum berbelog semula. Kalau kamu, kamu dan kamu bernadi, silakan baca..
Pernah bukan..kita rasa ada hari paling malang dalam diri kita. Pernah bukan, saat kita rasa mahu menangis, tetapi tidak terlontar itu semua.  Pernah bukan, kita menjauh dari diri kita dan sentiasa melabel bodoh pada diri sendiri walhal Allah telah memberikan sesuatu yang hebat dibelakang kita pasti.. Aku, aku dan aku…begitu dan begitu? Biar..Biarkan…syukur itu perlu ada. Biar fakta yang merungkai syukur kita,,nanti tiap kali aku terbaca, mungkin aku tidak rasa seperti mahu terjun longkang lagi..Berbau basi dan tak dihargai..

Beberapa fakta tentang aku.
1-   PERSONA adalah perniagaan aku – (fotografi, mekap, dan juga pengacaraan). Boleh hubungi aku di alamat email yang diberi.
2-   Ya..Aku sangat sihat dan normal. Mungkin Nampak kecil dan muka budak-budak. Kalau jalan dengan adik yang beza 8 tahun, pasti orang kata aku ini adik dia? Student aku pun dulu selalu tak perasankan aku. Hempuk sedas!
3-   Majlis gala bersama Menteri? Ya..pernah beberapa kali. Kalau di Universiti dulu, seringkali.
4-   Tidur adalah priority… Aku sanggup lupakan makan demi tidur.
5-   Kartun? Ya,,aku sangat suka..sampai boleh dijilidkan..(orang terdekat pernah baca kartun2 aku)
6-   Sedang menyambung pengajian. Setahun lagi, TAMAT Penyiksaan.
7-   Aku pergi kerja naik motor. Sebab aku tak suka kesesakan lalulintas. Naik motor pergi tempat kerja 30 minit saja. (Maaf Mr. Black, anda akan digunakan waktu berjalan jauh saja!)
8-   Suka berkembara menunggang Mr. Black kecil…
9-   Pernah melukis mural dibeberapa buah tadika, sekolah dan universiti. Masuk pertandinagn melukis peringkat Kebangsaan.
10-Cukuplah sepuluh fakta si LIBRA!- ouh lupa! dulu aku pernah join band masa tingkatan lima dan selalu pergi gigs. Waktu itu dress up memang hodoh gila!

3 comments: