Wednesday, February 23, 2011

Selamat Datang Dunia Tak Percaya

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca, maaf kan aku..maafkan....Aku akan berbelog semula dalam masa yang aku nyatakan kelak. dan Pertandingan Gaya Muslimah akan di lanjutkan sehingga ke tarikh yang akan aku beritahu kelak.. 12.19 pagi.. Hati aku telah hancur dan mahu recover semula. Maafkan aku ya...
Sehingga jumpa lain kali, InsyaAllah

Thursday, February 17, 2011

Aku, ""aku ""dan Aku..(Me, ""myself"" and I)


Assalamualaikum.. Aku akan berbual kosong dan panjang dan berehat untuk beberapa minggu sebelum berbelog semula. Kalau kamu, kamu dan kamu bernadi, silakan baca..
Pernah bukan..kita rasa ada hari paling malang dalam diri kita. Pernah bukan, saat kita rasa mahu menangis, tetapi tidak terlontar itu semua.  Pernah bukan, kita menjauh dari diri kita dan sentiasa melabel bodoh pada diri sendiri walhal Allah telah memberikan sesuatu yang hebat dibelakang kita pasti.. Aku, aku dan aku…begitu dan begitu? Biar..Biarkan…syukur itu perlu ada. Biar fakta yang merungkai syukur kita,,nanti tiap kali aku terbaca, mungkin aku tidak rasa seperti mahu terjun longkang lagi..Berbau basi dan tak dihargai..

Beberapa fakta tentang aku.
1-   PERSONA adalah perniagaan aku – (fotografi, mekap, dan juga pengacaraan). Boleh hubungi aku di alamat email yang diberi.
2-   Ya..Aku sangat sihat dan normal. Mungkin Nampak kecil dan muka budak-budak. Kalau jalan dengan adik yang beza 8 tahun, pasti orang kata aku ini adik dia? Student aku pun dulu selalu tak perasankan aku. Hempuk sedas!
3-   Majlis gala bersama Menteri? Ya..pernah beberapa kali. Kalau di Universiti dulu, seringkali.
4-   Tidur adalah priority… Aku sanggup lupakan makan demi tidur.
5-   Kartun? Ya,,aku sangat suka..sampai boleh dijilidkan..(orang terdekat pernah baca kartun2 aku)
6-   Sedang menyambung pengajian. Setahun lagi, TAMAT Penyiksaan.
7-   Aku pergi kerja naik motor. Sebab aku tak suka kesesakan lalulintas. Naik motor pergi tempat kerja 30 minit saja. (Maaf Mr. Black, anda akan digunakan waktu berjalan jauh saja!)
8-   Suka berkembara menunggang Mr. Black kecil…
9-   Pernah melukis mural dibeberapa buah tadika, sekolah dan universiti. Masuk pertandinagn melukis peringkat Kebangsaan.
10-Cukuplah sepuluh fakta si LIBRA!- ouh lupa! dulu aku pernah join band masa tingkatan lima dan selalu pergi gigs. Waktu itu dress up memang hodoh gila!

Monday, February 14, 2011

Mohon readers to Vote ME

Cara-cara:
1- Kena Like dulu page Orange Photography
2- 'Like' gambar saya ya! saya pertaruhkan gambar ini..:D



Terima kasih daun keladi, Kalau senang please 'LIKE' me...:)

Atau datang terus ke page tu dkt sini

Saturday, February 12, 2011

Black, White n Green Mode


Assalamualaikum semua!
Solekan sedikit berat sebab malam.....
Semuanya mix& match...
3 layer shawl....dengan sepasang kurung lama berlengan puff....





Pink Mode


Assalamualaikum semua!!
Hari cuti untuk bercuti ya..tenangkan fikiran dan manjakan diri. Hari ini telah temani DramaQueen untuk bazaar PreloveSale di Dataran Jam, Shah Alam. Plus, PERSONA bergaya luar dari biasa untuk photoshoot bagi Project X Annas Easkey. (Bakat muda yang sangat menyerlah dalam bidang photography). Tema Project X adalah putih dan sedihnya, gambar untuk dipertaruhkan tiada yang kick untuk Annas. 

Lokasi: Taman Anggerik, Shah Alam
Lokasi ini terletak di laluan pejalan kaki , berdepan dengan Plaza Shah Alam Sentral, dan berdekatan dengan SACC Mall.


Baju yang digayakan adalah baju yang dijahit oleh Emak, berlengankan puff. Tetapi demi tema Annas, sarungkan cardigan berlengan puff. Selendang merah jambu diperbuat daripada material Chiffon dan skirt labuh bewarna Ungu menjadi penghias diri. 

Kasut? Jenama VINCCI.. Dalam kasut, ada warna hijau dan sangat meyukainya! (**,)
 (Kelakar je main nyorok2 )

Sekian…salam ukhuwah , salam muhibah..Terima kasih pada yang follow ya! Akan terjah blog semua dalam sedikit masa lagi! JANJI!!!


Thursday, February 10, 2011

PERSONA Shawl


Assalamualaikum semua!!

Lama sangat tak update blog. Kesibukan melanda..Maklumlah, Umur makin lama makin tua, tak terkejar nak buat semua dalam satu masa. Allah Maha Tahu, Lalu diciptakanNYA masa 24 jam sehari. Panjang kan


Lokasi: Tasik tanjung Labuh, Batu Pahat
Menggayakan baju kurung kain cotton dan selendang material chiffon. Sangat suka hijau!!
Menggayakan cardigan puff dan shawl daripada “PERSONA Shawl”…nanti silalah like dekat facebook! Dan kalau suka boleh beli ya!



Biarkan gambar memainkan peranannya..PEACE! (Muka sangat tak menjadi sebab silau. Teruk silau mata i...=(

PSStt...Kalau nampak muka ini di Facebook dengan tagline PERSONA Shawl, silalah beli ya! n like =) thanks semua!! Rasanya checkers dan crumple shawl masih mendapat tempat dihati remaja kan? Ayuh! membeli dan bergaya..:D