Sunday, January 16, 2011

Chocolate favourites

Assalamualaikum semua
Pakaian Pejabat/Office Atiire
Lokasi: Sight Seeing Bird Migrate, Pullman, Putrajaya
Cik P ni berkerja dengan Kerajaan, jadi tak boleh nak pakai seluar. Wajib berbaju kurung.

Kenapa setiap kali office attire Cik P mengenakan warna coklat sahaja ya? Sebab…Cik P tak ada pun koleksi baju kemeja. Yang ada lima koleksi blazer/coat. Sekarang meeting, tak mainlah blazer, bertukar ke Pashmina pula...:p


Baju ini Cik P beli semata-mata untuk temuduga Pembaca Berita dan Pengacara TV. Jenama AGENDA. Kasut Pula, TSC
Tudung mestilah bewarna coklat juga. Me and brown macam soulmateJ

Masa buat shooting ini, ramai orang dibelakang sebab menyaksikan panorama burung bermain air. Lokasi ini di Tasik Pullman, Putrajaya dimana banyak burung-burung yang bukan dating dari Malaysia. Spesies mungkin sama tapi dating dalam keadaan berbeza. Bangau yang ada tu, bukan bangau Malaysia. Saiznya tersangat besar!

Sampai disini dulu..Terima kasih scroll hingga akhirJ

Johor-Pahang

Assalamualaikum semua..
Contest PERSONA Muslimah Bergaya masih hangat sekarang! Cepat-cepat mari bersama-sama masuk pertandingan iniJ tak rugi…
Mesti semua orang sangka Cik PERSONA ni hanya tahu memodellingkan diri saja kan? Selain beremcee, dan berfotografi?? Cik P (PERSONA) pun suka travel juga, terutamanya dengan menaiki motorsikal. Dulu sebelum ada kereta (membeli kereta setelah dua tahun bekerja), Cik P hanya menggunakan motor sahaja. Biasalah, kalau kita belum mampu, kita guna motor sahaja. Dari zaman sekolah, Universiti, bekerja, motor tu kiranya macam pengangkutan yang penting lah. Cik P tak suka pengangkutan awam sebab:
1-Tak suka menunggu
2-Kalau naik bas/train, pening-pening. Kemudian tak sampai 10 minit nak muntah. Jadi, terpaksalah kalau lokasi itu dekat atau tersangat jauh, kena menunggang motor.
Menunggang motor ni banyak kebaikannya. Kita boleh jadi lebih waspada dan berani. Tak percaya, Tanya semua minah motor yang ada. Sifat mereka biasanya lebih AWAS. Adik-adik cik P pun boleh tahan juga. Kedua-dua mereka menunggang motor dari Johor ke Kuala Lumpur. Adik di Uitm menggunakan Scooter Nuovo 135 lc. Adik lagi seorang tu, YAMAHA lagenda. Tapi tak boleh nak lawan cik P la, sebab cik P ni, dari Johor ke Kuala Lumpur pernah, Johor ke Pahang pun pernah. Rekod Cik P belum di pecahkan lagi!
Berbalik pada Agenda Utama cik P, Edisi Travel kali ini, membawa anda ke Negeri Pahang. Negeri yang paling luas di Malaysia, dan kaya dengan Flora dan Fauna. Alhamdulillah, Cik P dapat belajar disana, maka bermula lah era menjelajah menggunakan motorsikal. Tahun 2005-2008, cik P menggunakan motorsikal YAMAHA SS 110. Asap dia….satu kampus akan gelakkan sebab berkepul-kepul dan memenuhi ruangan maya..kemudian akhir sem tahun 2008, barulah beli YAMAHA EGO..scooter yang sangat sopan dan kena dengan penunggangnya. Jangan salah faham! Cik P tidak pernah ditemani sesiapa untuk menunggang motor kesana. Boleh Tanya pensyarah saya, kawan-kawan saya because I am the one and only ride from Johore to Pahang.
Sila lihat Peta. Ini adalah peta dari kampung halaman ke tempat pengajian.


(Benut to UiTM Jengka, Pahang. Kawasan bertanda X adalah tempat laluan Cik P)
Kalau Cik P kesana, hanya ambil masa 5 jam. Kalau orang lain, akan ambil masa 6 hingga 7 jam. Kenapa 5 jam??
1-I’ll never stop
2-Stop for Petrol only
3-Ride till the last meter shows on my scoot screen. 120km/j non-stop.
4-Cilok baik punya cilok..
Cik P akan lalu parit Karjo, senggarang, kemudia terus ke Prt. Yaani..kemudian masuk segamat. Ada segamat 1 dan segamat dua. Cari signboard Temerloh. Before that akan lalu Pekan gemas dulu. Pekan kecil yang sedikit pelik dari struktur lokasi bangunan. Kemudian akan lalu bera, Pahang…temerloh..dan akhir sekali kena melalui bebrapa felda sehingga sampai di UiTM. Sangat jauh owh! Masa itu pinggang sangat sakit  tetapi tekad didalam hati sangat kuat. Sepanjang pengajian, memang cik P akan menunggang motor sahaja. Balik kampong boleh tahan selalu..:) Petrol hanya isi penuh dalam tiga kali sahaja. Kali ke tiga, bila sampai di UiTM, mesti ada baki suku lagi.
Tempat-tempat yang menarik perhatian sepanjang perjalanan.
pic: google courtesy
1-Parit Karjo, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Kebanyakan aktiviti masyarakat disini adalah bertani dan berniaga. Bagi penggemar kerepek, banyak kilang-kilang kerepek hasil daripada masyarakat disini. Kerepek orang batu pahat memang mendapat sambutan. Kalau tak percaya, waktu-waktu cuti awam, ramai rakyat singapura atau Kuala Lumpur akan turun kesini. Cik P maksudkan, kilang kerepek yang meliputi kesemua kawasan Batu Pahat. Samada Parit Raja, Parit yaani, Parit Kemang dan banyak lagi lokasinya!
2-Segamat satu/Segamat lama
Bandar segamat lama. Agak sibuk juga dengan aktiviti seharian masyarakatnya. Penduduk tidak terlalu padat.

pic:google courtesy

3-Segamat dua/ Segamat Baru
Lebih membangun berbanding Segamat lama. Ada sebuah menara jam kalau tak silap dan sebuah tugu durian. Tak lupa, disini juga terletak UiTM kampus Segamat.
pic:google courtesy

4-Pekan Gemas, sempadan Segamat dan Negeri Sembilan.
Pekan kecil yang unik. Ada laluan keretapi. Hijau dan mendamaikan

5-Felda Sungai Lui
Ada sebuah tugu, dan tempat ini dikatakan pernah dijajah Jepun. Cik P tak berapa pasti sebab hanya lalu ditempat itu. Banyak kawasan getah. Nak berhenti tidak mungkin, sebab Cik P fikir soal keselamatan. Lainlah kalau berteman. Kawasan ini sangat hijau, dan sunyi.
pic: google courtesy

6-Tasik Bera, Pahang
Tidak lalu tasik ini, sebab ini hanya melalui kawasan Bera sajaha.Mungkin penduduk sekitar tahu dimana lokasi tasik ini.
pic:google courtesy
7-Temerloh, Pahang
Sebuah daerah di Pahang yang kaya dengan masakan tempoyak dan ikan patin. Boleh lihat Sungai Pahang dikawasan ini. Daerah yang kaya dengan aktiviti perikanan sungai seperti ikan keli dan ikan patin. Banyak restoren disini, tetapi AWAS. Anda mungkin boleh dikenakan sehingga RM100 ke atas untuk sepotong ikan patin. Bergantung kepada kedai.Tidak semua kedai disana, mengambil kesempatan.
pic: google courtesy
8-Felda Jengka, Pahang
Negeri Pahang mempunyai banyak Felda. Felda jengka Pahang berkemungkinan Felda yang terbesar di Malaysia. Felda ini meliputi Felda Jengka 1 sehingga Felda Jengka 25. Cik P tidak pasti, Felda yang cik P lalui kerana waktu itu sudah lama. Tidak berapa ingat. Kiri kanan jalan adalah Kelapa sawit dan tumbuhan-tumbuhan. Masyarakatnya berniaga dan bertani. Mereka sangat mesra dan baik hati
Pakaian seorang penunggang Muslimah:
1-Topi keledar/helmet::WAJIB::
2-Knitted Glove/Sarung tangan berkait ::elakkan panas dan kulit gelap::
3-Kasut:owl skool converse::

Jemput tengok video Cik P semasa menunggang dari Johor-Pahang, Pahang ke K.L. Sila klik disini

 

Wednesday, January 12, 2011

CONTEST!!

Assalamualaikum semua.
PERSONA ingin menjemput semua muslimah di luar sana untuk sama-sama menyertai contest yang dianjurkan oleh PERSONA.
Syarat-syaratnya cukup mudah:
1-Letakkan banner pertandingan ni di blog kalian. Tak kisah lah di sidebar, di entri atau dimana-mana sahaja. Asalkan didalam blog.
2-kena follow blog PERSONA. Sharekan link PERSONA di Facebook masing-masing. WAJIB

3-Buat satu entri,letakkan gambar anda. (gambar penuh ya!)
4-Ceritakan sikit apa yang membuatkan anda istimewa? Kepandaian anda tang mana? (memasak/belajar/mempunyai kareer yang bagus/atau lain-lain yang dirasakan sesuai)

Hadiah:
1-Pemenang akan menerima hadiah eksklusif**(wallaweih, orang lain tak akan dapat hadiah macam ini)-MISTERI gift
2-Berpeluang shoot gambar dengan PERSONA. 10 gambar terbaik akan kami upload kan di internet.
3-Sesi Photoshoot akan mendapat sentuhan make-up percuma daripada PERSONA and team.:)
Pengadilan
*Berdasarkan gambar dan cerita yang menarik
::PERSONA akan terjah blog-blog kauorang!::
For Non-Malaysian readers, feel free to join my contest:
All you have to do is:
1-   Put the contest banner on your blog (in sidebar or entry:optional)
2-   Follow my blog and share this on facebook or twitter (if you have)
3-   Tell audience in your blog, which part you are brainy? (you have good career/cook very well/excellence in your study)

Prize:
*Mistery gift will be given and I bet it is worth!
Judgement:
I look for interesting story and pictures
::watch out! I’ll stalk your blog soon…:p )

Black Mode

Assalamualaikum semua
Lokasi: Istana Melawati, Putrajaya
Entri sebelum ini memasukkan baju ‘Dinner’ sebagai pelengkap kepada blog PERSONA. Kali ini, apa kata Abaya/Jubah disesuaikan untuk Majlis Makan Malam anda. Ringkas, mudah dan tak perlu susah-susah cari baju baru.
Model menggayakan abaya hitam dengan sedikit sentuhan warna perak dihujung lengan baju.




Bagi selendang, model menggunakan dua jenis selendang bewarna coklat gelap dan coklat muda dengan ikatan tocang dihadapan.


Tas tangan COACH untuk sesiapa yang tak boleh tinggalkan barang barang penting macam handphone, make-up, kunci rumah, kunci kereta, tisu dan segala macam lagi.:)

Siapa kata heel saja yang sesuai untuk dinner? Wedges juga boleh digayakan bagi sesiapa yang mahukan keselesaan. Kenalah tema wedges ungu dan solekan bernada biru ungu..

Gambar-gambar seterusnya, enjoy saja!!
Credited to: Mila Mokri (Model)
senang nak urus dia, pandai pose dan beri kerjasama sepenuhnya! well done!

Tuesday, January 4, 2011

Pink Mode

Assalamualaikum semua
Lokasi: Istana Melawati, Putrajaya
(Non-Malaysian Readers, enjoy the photos ya!)
Kali ini, entri akan dibuat dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca blog PERSONA menghayati apa yang hendak disampaikan. Sebenarnya, seorang pembaca bertanyakan tentang ‘Dinner Attire’ ataupun pakaian Majlis Makan Malam. PERSONA dengan senang hati memenuhi kehendak tersebut kerana tak lengkap rasanya blog ini tanpa seksyen Pakaian Majlis Makan Malam.



Oleh kerana sesi bergambar tidak diadakan diwaktu malam (sebenarnya PERSONA belum tambah gajet untuk kamera lagi), jadi terpaksalah PERSONA memanipulasi siang hari untuk mendapatkan kualiti gambar yang memuaskan. Solekan juga dibuat dengan sedikit berat kerana PERSONA membayangkan akan menghadiri Majlis Makan Malam bukan? So pembaca yang ingin mendapatkan khidmat solekan PERSONA, anda amat-amat dialukan.







Warna Merah Jambu menjadi pilihan kerana tidak semua baju untuk Dinner hanya tertumpu kepada warna hitam sahaja. Sekali-sekala apa salahnya mengenakan warna yang sedikit lembut untuk majlis tersebut. Pembaca boleh dapatkan baju untuk Dinner di Giant, Taman Saujana, Kajang. PERSONA kesana untuk membeli barangan dapur sebenarnya, dan tidak menyangka ada jualan baju Dinner terpakai. Siapa kata PERSONA tak layan baju bundle? (Bundle=terpakai). PERSONA paling suka baju bundle sebab…kadang-kadang tu berjenama dan kebanyakannya diambil dari luar seperti Singapura, China dan lain-lain lagi. Maklumlah, nak beli yang berjenama, kena tengok-tengok dulu duit dalam poket sendiri. Lagipun, kena juga berjimat untuk jadi Raja Sehari tak lama lagi.Cuma, kita sebagai pembeli kenalah pandai pilih dan pastikan baju dibasuh dulu sebelum pakai.




Keliru juga, kenapa PERSONA baring-baring ya? Heh:p sebenarnya nak dapatkan perasaan teruja pakai baju Dinner tau!
Kasut tumit jenama TSC tu, PERSONA baru saja beli di Mines, Seri Kembangan, Selangor. Almaklumlah, dah lama tak beli kasut nak pakai pergi pejabat. Semua outfit pejabat dah lusuh belaka. Koleksi VOIR kesayangan PERSONA pun dah koyak-koyak dan terkopek kulitnya..:(



Untuk selendang, PERSONA menggunakan dua jenis selendang. Satu warna krim plain dan lagi satu krim bersulam. Dua-dua harga RM10 sahaja setiap satu…

Gelang tu? Itu adik yang belikan. Beliau bercuti ke Sabah dan belikan gelang Mutiara Sabah tu..(PERSONA tak suka pakai aksesori sangat sebenarnya, Kalau pembaca perasan lah dalam semua gambar ni, jarang ada cincin/gelang/apa-apa kt tangan J  )



Ini pula, pandangan belakang baju Dinner tu. Cantikkan? (ke PERSONA yang perasan?:p)
Sampai disini sahaja. Harap dapat beri idea pada sesiapa yang nak pergi Majlis Makan Malam/Dinner untuk syarikat kamuorang!